Pandan kini Parlimen angkat PM, Tengku Zafrul pegawai pemantau

Datuk Seri Amirudin Shari

KUALA LUMPUR, 23 Mei Kawasan Pandan kini menjadi Parlimen angkat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

RINGKASAN BERITA AI
  • Tengku Zafrul dilantik sebagai pegawai pemantau PKR di Parlimen Pandan.
  • Pengurusan dan pemantauan di Ampang serta Pandan diperkukuh bagi memastikan kelancaran pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan.
  • PKR kekal kukuh dan akan terus bergerak berdasarkan struktur organisasi sedia ada meskipun berdepan cabaran dalaman.
  • Ahli Parlimen Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan peletakan jawatan dan keluar daripada PKR pada 18-19 Mei.

Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ketika mengumumkan perkara itu berkata Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pula diberi tanggungjawab sebagai pegawai pemantau PKR di Parlimen itu.

Pada masa sama urusan pengurusan dan pemantauan di kawasan Ampang serta Pandan akan terus diperkukuh bagi memastikan kelancaran pentadbiran, penyampaian perkhidmatan serta pelaksanaan gerak kerja di kawasan berkenaan.

“Kita mempunyai pengasas yang sangat cekal dan teguh semangatnya, dengan inspirasi besar terhadap masa depan negara serta idealisme untuk membangunkan negeri dan negara.

“Semangat reformasi yang dibawa pula bukan sekadar slogan atau kata-kata, tetapi diterjemahkan melalui keazaman untuk melakukan perubahan demi kebaikan negara dan negeri secara bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Setia Keadilan Pandan di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Datuk Seri Amirudin turut menegaskan bahawa PKR kekal kukuh dan terus bergerak berdasarkan struktur organisasi sedia ada.

“Kita mempunyai kepimpinan serta struktur organisasi yang jelas dan akan terus bergerak ke hadapan meskipun berdepan cabaran dalaman.

“Pada masa sama, pengurusan di Ampang dan Pandan akan terus dipantau bagi memastikan gerak kerja di peringkat cabang dapat dilaksanakan dengan baik, tersusun dan lancar,” katanya lagi.

Sementara itu, Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kehadirannya adalah bagi memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan, selain berharap kepimpinan serta akar umbi PKR di Pandan terus bekerjasama dalam memperkukuh gerak kerja parti di kawasan berkenaan.

“Ukuran kejayaan seorang pemimpin sebenarnya terletak pada keadilan dalam melaksanakan tugas, mengawal diri daripada rasa ego dan mempunyai sifat belas kasihan terhadap rakyat tanpa memilih latar belakang kaum, agama dan juga warna kulit. Justeru, kepimpinan ialah melakukan utama keadilan hak sama dengan rakyat,” katanya.

Program berkenaan turut dihadiri kepimpinan PKR Selangor serta jentera parti peringkat cabang Ampang dan Pandan.

Pada 17 Mei lepas, Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan peletakan jawatan masing-masing berkuat kuasa 18 Mei, sebelum keluar daripada PKR berkuat kuasa 19 Mei.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.