Malaysia sedia hulur bantuan tangani kebakaran hutan di Indonesia

Foto BERNAMA

REMBAU, 24 Oktober – Malaysia bersedia untuk menyalurkan bantuan kepada Indonesia sekiranya diperlukan, tertakluk kepada kemampuan negara, bagi membantu menangani kebakaran hutan yang semakin meluas dan sukar dikawal.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi pemadaman menggunakan pesawat berdepan cabaran kerana jarak penglihatan amat terhad dan risiko keselamatan penerbangan.
  • Mohamad Hasan akan menghubungi rakan sejawat Indonesia dalam masa terdekat untuk membincangkan keperluan bantuan.
  • UAE menyatakan kesediaan menyalurkan bantuan; akan dikoordinasi bersama rakan negara Teluk jika diperlukan.
  • Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, arahkan penggunaan segala kaedah sesuai untuk mengawal dan tangani kebakaran hutan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, operasi pemadaman menggunakan pesawat berdepan cabaran berikutan jarak penglihatan yang amat terhad sekaligus membahayakan penerbangan.

Tambahnya, beliau akan menghubungi rakan sejawatnya dari Indonesia dalam masa terdekat bagi membincangkan keperluan bantuan untuk menangani kebakaran hutan berkenaan.

Pada masa sama, perkara itu turut dibincangkan bersama Menteri Luar Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Abdullah Zayed Al Nahyan, yang menyatakan kesediaan negara itu untuk menyalurkan bantuan.

“Kita berdoa dan berharap agar Indonesia dapat menangani kebakaran hutan ini dengan sebaik-baiknya.

Saya juga telah berbincang dengan Syeikh Abdullah semalam dan beliau menyatakan kesediaan untuk menyalurkan bantuan, bersama rakan-rakan negara lain, sekiranya diperlukan.

Dalam masa terdekat, saya akan menghubungi rakan sejawat saya, bagi membincangkan perkara ini. Sekiranya bantuan diperlukan, saya akan membawa perkara tersebut kepada rakan-rakan sejawat dari negara-negara Teluk untuk menyelaraskan penyaluran apa jua bantuan yang diperlukan,” katanya.

Datuk Seri Mohamad Hasan berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Deepavali kepada penerima Peringkat Dewan Udangan Negeri (DUN) Rantau di Dewan Orang Ramai Rantau, di sini, hari ini.

Terdahulu Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, telah mengarahkan supaya kebakaran hutan yang semakin meluas ditangani menggunakan segala kaedah yang bersesuaian bagi mengawal keadaan itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.