Lebih 300 guru pendidikan Islam berhimpun di Multaqa Asatizah MADANI 2026

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan

PUTRAJAYA, 24 Oktober -Lebih 300 guru Pendidikan Islam dan warga pendidik dihimpunkan menerusi program Multaqa Asatizah MADANI 2026: Ijtimak Guru Pendidikan Islam Peringkat Putrajaya, anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Platform berinteraksi dan merancang strategi memperkukuh pelaksanaan pendidikan Islam dan pentarbiahan secara lebih teratur dan tersusun.
  • Penyampaian anugerah kepada sekolah agama dalam lima kategori termasuk Waqiyatul Imtiyaz, An-Nibras dan Ad-Diwani sebagai pengiktirafan kecemerlangan.
  • Slot Minda MADANI dan forum menekankan peranan guru sebagai agen perubahan dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak dan bertanggungjawab.

Program yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan itu menjadi platform untuk berinteraksi, berkongsi pandangan dan merancang strategi bagi memperkukuh pelaksanaan pendidikan Islam.

“Usaha ini bertujuan memastikan gerak kerja dan pendidikan Islam lebih teratur serta tersusun. Kita juga dapat bersama-sama merancang strategi terbaik agar pendidikan Islam dan pentarbiahan anak-anak benar-benar mampu membentuk insan yang kita dambakan,” katanya kepada media, di sini.

Tambahnya, Multaqa itu turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada sekolah agama di Putrajaya buat julung kalinya, menerusi lima kategori pengiktirafan.

Anugerah berkenaan merangkumi Waqiyatul Imtiyaz bagi sekolah menengah dan sekolah rendah, An-Nibras bagi kedua-dua kategori sekolah itu, serta Ad-Diwani bagi kategori kepimpinan MADANI.

Pengiktirafan tersebut diberikan bagi menghargai kecemerlangan pelaksanaan pendidikan Islam, penguasaan al-Quran, pembentukan akhlak serta kepimpinan sekolah.

Pada majlis sama, peserta turut mengikuti slot Minda MADANI bertajuk Guru Pendidikan Islam sebagai Agen Perubahan, selain forum mengenai peranan guru dalam membangunkan insan MADANI.

Penganjuran itu merupakan sebahagian daripada Program Dakwah Negara 2026 bertemakan “Membangun Adab, Membina Negara”, yang menekankan pembentukan generasi berilmu, berakhlak dan bertanggungjawab.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.