
NIBONG TEBAL, 3 Oktober – Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat(USP) Wi-Fi Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara kini siap 76 peratus melibatkan pembinaan di 408 daripada 538 lokasi, setakat 30 September lepas.
- Pelaksanaan merangkumi IPTA serta institusi latihan di bawah Majlis Amanah Rakyat MARA dan Kementerian Sumber Manusia KESUMA.
- Projek bernilai RM634.1 juta memberi tumpuan kepada kawasan penggunaan internet tinggi seperti dewan kuliah, makmal, perpustakaan, pusat pelajar dan kolej kediaman.
- Di USM, 1,925 titik akses telah beroperasi menerusi pelaksanaan Fasa Dua dan Tiga.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching ketika memaklumkan perkara itu menjelaskan pelaksanaannya merangkumi IPTA serta institusi latihan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
“Projek bernilai RM634.1 juta memberi tumpuan kepada kawasan penggunaan internet tinggi seperti dewan kuliah, makmal, perpustakaan, pusat pelajar dan kolej kediaman.
“Untuk fasa tiga, 206 lokasi IPTA telah dipilih dengan 80 telah siap, manakala 106 daripada 110 lokasi MARA juga telah siap dengan kesemua 31 lokasi institusi latihan di bawah KESUMA telah siap.
“Bagi pelaksanaan di Pulau Pinang pula, sebanyak 32 lokasi terlibat dengan anggaran kos RM61.5 juta,”katanya selepas meninjau pelaksanaan Projek (USP) Wi-Fi IPTA di Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Sains Malaysia (USM).
Sementara itu, sebanyak 1,925 titik akses telah beroperasi di USM menerusi pelaksanaan Fasa Dua dan Tiga.