
SYDNEY, 3 Februari– Bank pusat Australia pada Selasa menaikkan kadar faedah buat pertama kali sejak November 2023, susulan ramalan terhadap inflasi kembali menunjukkan peningkatan.
- Kenaikan kadar faedah 25 mata asas oleh RBA sebagai tindak balas kepada tekanan inflasi yang meningkat semula.
- RBA menjangka inflasi mungkin kekal melebihi sasaran untuk beberapa tempoh meskipun telah mereda sebelum ini.
- Isi rumah Australia terus tertekan oleh kos sara hidup tinggi terutama makanan, bahan api dan perumahan.
Langkah oleh Bank Pusat Australia(RBA) itu menyaksikan kadar tunai dinaikkan sebanyak 25 mata asas kepada 3.85 peratus.
Inflasi sebelum ini mereda daripada paras tertinggi hampir lapan peratus pada Disember 2022.
Namun data kerajaan menunjukkan tekanan harga mula meningkat semula, dengan lembaga dasar kewangan bank berkenaan menyatakan inflasi “berkemungkinan kekal melebihi sasaran untuk suatu tempoh”.
“Meskipun inflasi telah menurun dengan ketara sejak kemuncaknya pada 2022.
“Ia meningkat semula secara ketara pada separuh kedua 2025,” menurut kenyataan lembaga itu.
Dalam pada itu, kebanyakan isi rumah di Australia terus dibebani kos sara hidup yang tinggi, khususnya melibatkan harga makanan, bahan api dan isu perumahan. – AFP