
KUALA LUMPUR, 11 Mei – Kerajaan akan terus memberi tumpuan penuh kepada usaha memperkasa ekosistem sains, teknologi dan inovasi (STI) bagi memastikan Malaysia mampu mendepani cabaran kewangan serta ketidaktentuan rantaian ekonomi global susulan konflik di Asia Barat.
- Pelaksanaan inisiatif berasaskan misi untuk mengoptimumkan sumber dan merangsang pertumbuhan ekonomi mampan.
- Memacu pembangunan berteraskan inovasi dan teknologi bernilai tinggi.
- Jadikan STI pemacu utama penyelesaian ekonomi melalui perancangan strategik dan pelaksanaan berkesan.
- Perkukuh sinergi antara Kerajaan MADANI, sektor swasta dan institusi R&D untuk menterjemah penyelidikan kepada manfaat rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan beberapa inisiatif berasaskan misi yang diyakini mampu mengoptimumkan sumber, merangsang pertumbuhan ekonomi mampan serta memacu pembangunan berteraskan inovasi dan teknologi bernilai tinggi.
“Selari dengan tekad untuk menjadikan sains, teknologi dan inovasi (STI) sebagai pemacu utama penyelesaian ekonomi negara, setiap perancangan dan pelaksanaan mesti digerakkan secara lebih strategik dan berkesan”, katanya menerusi hantaran di Facebook.
“Pendekatan itu amat penting khususnya dalam memperkukuh sinergi strategik antara Kerajaan MADANI, sektor swasta serta institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) demi memastikan hasil penyelidikan dapat diterjemah kepada manfaat nyata buat rakyat dan negara
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menekankan perkara tersebut ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sains Negara (MSN) Bilangan 1 Tahun 2026 hari ini.