Niaga hadapan emas ditutup rendah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring penurunan di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

RINGKASAN BERITA AI
  • Kontrak Mei 2026 susut kepada US$4,681.50 dan Jun 2026 kepada US$4,696.90 setiap auns troy.
  • Jumlah dagangan merosot kepada tujuh lot daripada 11 lot minggu lepas; kepentingan terbuka meningkat kepada 69 kontrak.
  • Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,741.40 setiap auns troy menurut penetapan LBMA pada 8 Mei 2026.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2026 susut kepada US$4,681.50 setiap auns troy daripada US$4,743.70 Jumaat lepas, manakala kontrak Jun 2026 turun kepada US$4,696.90 setiap auns troy daripada US$4,757.70.

Kontrak Julai, Ogos dan Oktober 2026 turut ditutup rendah pada US$4,711.90 setiap auns troy berbanding US$4,772.70 sebelum ini.

Jumlah dagangan merosot kepada tujuh lot daripada 11 lot minggu lepas, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 69 kontrak daripada 68 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,741.40 setiap auns troy mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 8 Mei, 2026.- BERNAMA