Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

Foto arkib BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • BNM menjalankan tender repo berbalik tujuh hari bernilai RM2.0 bilion untuk menyerap lebihan mudah tunai.
  • Mudah tunai dianggarkan RM39.57 bilion (pasaran konvensional) dan RM28.78 bilion (pasaran wang Islam).
  • Pada 4 petang, BNM jalankan tender semalaman sehingga RM41.6 bilion (konvensional) dan RM28.8 bilion (Murabahah).

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM39.57 bilion dalam pasaran konvensional dan RM28.78 bilion dalam pasaran wang Islam.

Hari ini, BNM akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM2.0 bilion untuk tujuh hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM41.6 bilion dan RM28.8 bilion dalam tender semalaman Murabahah. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.