Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil, susulan operasi BNM

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 6 Januari– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM menyerap lebihan mudah tunai.
  • Mudah tunai dalam sistem dianggarkan RM39.21 bilion (konvensional) dan RM24.25 bilion (Islam).
  • BNM akan mengadakan tender repo berbalik RM1.0 bilion untuk tujuh dan 90 hari.
  • BNM sediakan repo berbalik, jual beli balik dan kemudahan Murabahah untuk pelbagai tempoh serta tender semalaman besar.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM39.21 bilion dalam pasaran konvensional dan RM24.25 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, BNM akan menjalankan tender repo berbalik berjumlah RM1.0 bilion untuk tujuh hari dan RM1.0 bilion untuk 90 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM41.2 bilion dan RM24.2 bilion dalam tender semalaman Murabahah. -BERNAMA