GEORGE TOWN, 11 Oktober – 75 peratus daripada keseluruhan 16 inisiatif bawah Visi Penang 2030 berjaya dicapai sekali gus meletakkan matlamat kerajaan negeri Pulau Pinang di landasan tepat.
- 75% daripada 16 inisiatif Visi Penang 2030 telah dicapai, menandakan kemajuan ketara.
- Ketua Menteri yakin visi boleh direalisasikan sepenuhnya menjelang 2030.
- Pencapaian melibatkan sektor pendidikan, kesihatan, mobiliti, ekonomi digital dan komuniti.
- Kelestarian alam sekitar turut diberi penekanan dalam pelaksanaan inisiatif.
- Visi diperkenalkan 2018 dengan fokus keluarga, kualiti hidup dan peningkatan ekonomi isi rumah.
Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow optimis visi tersebut mampu direalisasikan sepenuhnya menjelang 2030 nanti.
“Inisiatif-inisiatif bawah lembayung Penang 2030 kini telah mencapai sekitar 75 peratus daripada keseluruhan sasaran.
“Pencapaian ini merangkumi pelbagai sektor penting seperti pendidikan, kesihatan,mobiliti,ekonomi digital,pembangunan komuniti dan kelestarian alam sekitar,” katanya ketika berucap merasmikan Penang 2030 Festival di Komtar, hari ini.
Visi Penang 2030; Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara diperkenalkan pada 29 Ogos 2018 dengan empat tema antaranya meningkatkan daya huni untuk kualiti hidup yang lebih baik dan menaik taraf ekonomi untuk meningkatkan pendapatan isi rumah.