Wanita ditahan simpan beras, tepung beras Thailand

Rampasan beras yang diseludup dari negara jiran untuk jualan tempatan/Foto PGA Briged Tenggara

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Seorang wanita ditahan selepas dipercayai menyimpan puluhan kampit beras yang disyaki diseludup dari negara jiran di sebuah stor di Kampung Pohon Buloh, Meranti, di Pasir Mas hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serbuan hasil risikan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am menurut Komander Briged Tenggara.
  • Rampasan termasuk 900 kilogram beras Thailand dan 300 paket tepung beras Thailand dibawa masuk tanpa kebenaran.
  • Barang dianggarkan bernilai RM4,500 dan kes diserahkan kepada KSPBN Negeri Kelantan untuk siasatan lanjut.
  • Suspek mengaku mula menjual beras Thailand sejak awal tahun, mendapat bekalan daripada pemborong di Pasar Tasik Raja Pasir Mas.

Komander Briged Tenggara PGA Senior Asisten Komisioner (SAC) Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan hasil risikan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA).

Beliau berkata, seorang wanita berusia 37 tahun mengaku sebagai penjaga stor berkenaan ketika serbuan pada pukul 11.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan di dalam stor menemukan 900 kilogram beras Thailand dan 300 paket tepung beras Thailand yang dipercayai dibawa masuk tanpa kebenaran.

“Kesemua barang berkenaan dianggarkan bernilai RM4,500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Radzi, wanita terbabit ditahan dan dibawa ke Balai Polis Meranti bersama barang rampasan untuk tindakan lanjut.

Katanya, suspek mengaku mula menjual beras Thailand sejak awal tahun ini selepas mendapatkan bekalan daripada pemborong di Pasar Tasik Raja, Pasir Mas untuk dijual kepada penduduk setempat.

Katanya, kes dan barang rampasan kemudiannya diserahkan kepada Kawalselia Padi dan Beras Negara (KSPBN) Negeri Kelantan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.