
IPOH, 27 November – Lima individu berusia antara 29 hingga 55 tahun, ditahan selepas disyaki terbabit dengan kes pecah rumah sekitar daerah ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Penahanan dilakukan Rabu lepas menerusi Op Pintu, hasil siasatan kes pada 11 September.
- Suspek utama direman hingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
- Suspek utama turut dikaitkan dengan satu lagi kes pecah rumah dan curi kabel.
- Suspek utama mempunyai 53 rekod jenayah lampau dan positif dadah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohamad Sajidan Abdul Sukor mengesahkan penahanan kesemua suspek pada Rabu lepas menerusi Op Pintu, hasil siasatan kes pada 11 September.
“Suspek utama kini direman hingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
“Siasatan turut mengaitkan suspek utama dengan satu lagi kes pecah rumah dan curi kabel di sini,”katanya menerusi kenyataan.
Beliau turut mendedahkan suspek utama mempunyai 53 rekod jenayah lampau serta positif dadah.
Beberapa resit urus niafa dan satu telefon bimbit dirampas.