
JOHOR BAHRU, 21 Jun – Skim Pengembara bagi melindungi kira-kira 480,000 rakyat Malaysia yang berulang-alik bekerja di Singapura, dijangka dapat dilaksanakan selewat-lewatnya Ogos ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Skim akan dibentangkan dalam sidang Parlimen.
- Menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan, semuanya sudah bersedia untuk dilaksanakan.
- PERKESO sedia bertindak segera secara bersama.
- Perlu mendapatkan kelulusan Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, skim tersebut akan dibentangkan dalam sidang Parlimen, yang akan bermula esok.
“Sejurus perkara ini selesai, semuanya sudah bersedia untuk dilaksanakan.
“Tidak ada apa-apa lagi yang perlu kita tunggu kerana PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) sudah berada dalam keadaan siap siaga untuk bertindak serta-merta secara bersama.
“Namun, kita perlu mendapatkan kelulusan daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Karnival Lindungi Kerjaya MADANI di sini.