
KUALA LUMPUR, 21 Jun – Industri muzik tanah air perlu terus diberi ruang sewajarnya dan dihargai atas peranannya yang besar dalam menyatukan masyarakat serta membentuk identiti budaya negara.
RINGKASAN BERITA AI
- Muzik melangkaui sempadan bahasa, budaya dan latar hidup untuk menyentuh hati setiap lapisan masyarakat.
- Setiap karya membawa cerita, jiwa dan suara yang membentuk warna serta identiti sebuah masyarakat.
- Penghargaan kepada penggiat seni, pemuzik, pencipta lagu, penyanyi dan penerbit atas usaha menghidupkan dunia muzik.
Menerusi perkongsian di Facebook bersempena sambutan Hari Muzik Sedunia, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata muzik mempunyai kekuatan luar biasa yang melangkaui sempadan bahasa, budaya dan latar belakang kehidupan untuk menyentuh hati setiap lapisan rakyat.
“Setiap karya ada cerita, jiwa, dan suara yang membentuk warna sebuah masyarakat.
“Terima kasih kepada semua penggiat seni, pemuzik, pencipta lagu, penyanyi, penerbit dan seluruh warga industri yang terus menghidupkan dunia muzik tanah air,” katanya.