38 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 8 pagi

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Oktober – Sebanyak 38 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu, setakat pukul 8.00 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Segamat catat bacaan tertinggi IPU 186; diikuti Nilai 183 dan Seremban.
  • Beberapa kawasan lain catat IPU tinggi: Pasir Gudang 180, Kluang 179, Larkin 178, Johan Setia 178.
  • Rompin 174, Cheras 173, Putrajaya 173 dan Bukit Rambai 172 turut merekodkan bacaan tinggi.
  • IPU diklasifikasi: 0-50 baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, 301 ke atas berbahaya.

Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) memaklumkan bahawa Segamat, Johor mencatat bacaan tertinggi iaitu 186, diikuti Nilai, Negeri Sembilan (183) dan Seremban, Negeri Sembilan (181).

“Antara kawasan lain yang terlibat Pasir Gudang, Johor (180), Kluang, Johor (179), Larkin, Johor (178) dan Johan Setia, Selangor (178).

“Selain itu, Rompin, Pahang (174), Cheras, Kuala Lumpur (173), Putrajaya (173) dan Bukit Rambai, Melaka (172),” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, 30 kawasan pula merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala 301 ke atas berbahaya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.