
BUTTERWORTH, 20 Jun – Penerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026, Datuk Suhaimi Sulaiman menyifatkan Kecerdasan Buatan (AI) sebagai teknologi yang tidak mampu menggantikan peranan wartawan.
- AI penting membantu wartawan dalam pengumpulan fakta, data dan maklumat lain.
- AI berfungsi sebagai alat untuk memajukan kerja jurnalistik dan meningkatkan kualiti penceritaan.
- Penceritaan berkesan masih memerlukan sentuhan manusia kerana AI tiada perasaan dan jiwa.
Datuk Suhaimi berkata, penggunaan AI penting untuk membantu wartawan dalam urusan pengumpulan fakta dan data.
“AI hanya berperanan membantu dalam pengumpulan fakta, data dan pelbagai maklumat lain.
“Ia hadir sebagai alat yang dapat membantu kita menjadi lebih maju serta meningkatkan kualiti penceritaan.
“Jadi perubahan, perubahan yang baik untuk kita wartawan sebenarnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima Anugerah HAWANA pada kemuncak sambutan HAWANA di PICCA Butterworth Arena di sini.
Jelas beliau, elemen penceritaan yang berkesan masih memerlukan sentuhan manusia kerana AI tidak memiliki perasaan dan jiwa seperti seorang wartawan.