LISBON, 9 Ogos-Pemain pertahanan Portugal, Pepe mengumumkan persaraan daripada bola sepak pada usia 41 tahun.
Permainan terakhir Pepe adalah pada Euro 2024 ketika Portugal tewas kepada Perancis menerusi penalti di suku akhir.
Pepe menjadi pemain paling tua membuat penampilan pada pusingan akhir kejuaraan Eropah.
"Saya berterima kasih kepada tuhan kerana memberi kekuatan untuk menyambung perjalanan karier saya", kata Pepe yang kelihatan emosi di sebuah video di media sosial ketika mengimbas semula perjalanan kariernya sebagai pemain bola sepak.
"Terima kasih kepada setiap Presiden kelab yang pernah saya sertai yang mempercayai usaha dan penampilan saya.
"terima kasih juga kepada mereka di belakang tabir dan ucapan terima kasih buat semuanya", tambah Pepe.
Pepe membuat 141 penampilan untuk Portugal, memenangi kejuaraan Eropah pada 2016 selain menghabiskan karier selama 10 musim di Real Madrid yang menyaksikannya dia memenangi kejuaraan La Liga, tiga kejuaraan Liga Juara-Juara dan dua kejuaraan Kejohanan Kelab Dunia FIFA.-REUTERS