fb fb fb fb fb

Jersi baharu Selangor FC bertemakan memori Stadium Shah Alam

(FOTO FB SELANGOR FC)

SHAH ALAM, 28 Januari - 'Memori Stadium Shah Alam' diangkat menjadi tema jersi baharu pasukan Gergasi Merah bagi musim 2023.

Selangor FC dalam kenyataan menerusi portal rasminya memaklumkan jersi baharu merah kuning direka khas dengan menjadikan Stadium Shah Alam sebagai sumber inspirasi utama dalam mengabadikan segala sejarah dan memori indah sepanjang 28 tahun kewujudan stadium itu.

"Penggunaan warna utama iaitu merah adalah lambang keberanian, kekuatan serta semangat yang tinggi dalam pasukan. Manakala warna ‘pasir’ sebagai warna kedua, bermaksud satu daripada komponen konkrit yang merupakan bahan binaan asas utama Stadium Shah Alam," menurut kenyataan tersebut, hari ini.


(Jersi baharu Selangor FC direka khas dengan menjadikan Stadium Shah Alam sebagai sumber
inspirasi utama/ Foto FB Selangor FC)

Penggunaan sudut pandangan luar bentuk Stadium Shah Alam diletakkan sebagai simbol utama di belakang, manakala sudut pandangan hadapan stadium diterapkan di kolar dan lengan jersi ini.

Label tag pada sisi kanan jersi ini pula merupakan koordinasi kedudukan stadium yang pelbagai kenangan tercipta dan tanah tumpah perjuangan Selangor.

Motif wave yang timbul pada jersi berkenaan berasaskan corak petak berisikan perkataan Selangor yang diambil daripada tempat duduk penyokong di Stadium Shah Alam yang cukup ikonik dalam kalangan penggemar kancah bola sepak Selangor dan Malaysia.

Media Baharu