KUALA LUMPUR, 16 Januari- Seramai 23 pengadil negara terpilih untuk didaftarkan sebagai pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2025.
Perkara itu dikongsikan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Menurut kenyataan FAM, senarai yang dikeluarkan oleh FIFA terdiri daripada enam pengadil, lapan penolong pengadil, tiga pengadil futsal dan dua pengadil bola sepak pantai.
"Turut tersenarai empat pengadil wanita yang terdiri daripada seorang pengadil, dua penolong pengadil dan seorang pengadil futsal," kata kenyataan itu.
FAM turut menyifatkan perkembangan terbaharu itu selaras dengan Pelan Strategik Fasa 2 F:30 2023-2026.
Dengan misi utama melahirkan lebih ramai pengadil bertauliah FIFA termasuk dalam kalangan wanita.