
KUALA LUMPUR, 8 Januari– Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) merekodkan jumlah sebanyak AS$125.5 bilion, setakat 31 Disember 2025.
- Paras rizab mencukupi bagi membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan.
- Rizab memberi ketahanan setara 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
- Komponen utama termasuk rizab mata wang asing, IMF dan hak pengeluaran khas.
Menurut BNM dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu meningkat berbanding AS$124.3 bilion pada 15 Disember, 2025.
”Paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.”
”Paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” katanya.
‘Komponen utama rizab merangkumi rizab mata wang asing sebanyak AS$110.5 bilio, rizab Tabung Kewangan Antarabangsa berjumlah AS$1.3 bilion dan hak pengeluaran khas sebanyak AS$5.9 bilion dolar,” jelas BNM.
‘Selain itu, emas dan aset rizab lain masing-masing berjumlah AS$5.4 bilion dan AS$2.4 bilion.