Pemulihan rantaian bekalan global dijangka ambil masa

Foto fail

KUALA LUMPUR, 15 Jun– Pemulihan rantaian bekalan global dijangka mengambil masa walaupun perjanjian damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran berjaya direalisasikan dalam tempoh terdekat.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Ariff Aizuddin Azlan berkata, proses tersebut tidak akan berlaku serta-merta.

Menurut beliau, konflik di Asia Barat memberi kesan kepada pelbagai aspek ekonomi dan perdagangan antarabangsa.

“Jika perjanjian antara kedua-dua negara berjaya dimeterai, ia tetap memerlukan masa sebelum keadaan kembali pulih sepenuhnya.

Pembukaan semula Selat Hormuz juga tidak bermakna rantaian bekalan global dapat dipulihkan serta-merta,” katanya.

Dr. Ariff berpandangan, perkembangan ke arah gencatan senjata dan perjanjian damai tetap memberi petunjuk positif kepada pasaran serta perdagangan global.

Namun, katanya, proses pemulihan dijangka berlaku secara berperingkat sebelum manfaatnya dapat dirasai sepenuhnya oleh pengguna dan industri.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.