Caj RM1 pengeluaran tunai antara bank dimansuhkan mulai 1 Julai

Foto fail / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 15 Jun– Caj RM1 bagi pengeluaran wang tunai antara bank di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan Mesin Kitar Semula Pintar (SRM) dimansuhkan bermula 1 Julai ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemegang kad debit Malaysia boleh mengeluarkan wang tunai secara percuma tanpa mengira bank pengeluar kad.
  • Inisiatif melibatkan lebih 14,000 ATM dan Mesin Kitar Semula Pintar di seluruh negara.
  • Pengecualian caj dilaksanakan dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).
  • Langkah ini memastikan akses perbankan kekal mudah, mampu dicapai dan mengambil kira kebergantungan orang ramai kepada wang tunai.

Langkah itu membolehkan pemegang kad debit Malaysia mengeluarkan wang tunai secara percuma tanpa mengira bank pengeluar kad.

Industri perbankan dalam kenyataan memaklumkan, inisiatif tersebut melibatkan lebih 14,000 ATM dan SRM di seluruh negara.

“Pengecualian caj berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).

Langkah ini mengambil kira keperluan orang ramai yang masih bergantung kepada wang tunai untuk urusan harian, di samping memastikan akses kepada perkhidmatan perbankan kekal mudah dan mampu dicapai,” menurut kenyataan itu.

Walaupun penggunaan pembayaran digital terus meningkat, industri perbankan menjelaskan, pelanggan masih mempunyai pilihan untuk menggunakan kaedah pembayaran yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

Bank-bank juga akan terus memperkukuh kemudahan pembayaran yang selamat dan lancar selaras dengan peralihan negara ke arah ekonomi digital.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.