Keselamatan sepanjang kempen PRN Melaka ke-16 terkawal

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Libat Urus dan Dialog Bersama Nelayan di Tanjung Kling

KLEBANG, 9 November -Tahap keselamatan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 kekal terkawal.

RINGKASAN BERITA AI
  • Laporan polis setakat ini hanya melibatkan kes biasa seperti kerosakan poster.
  • Jaminan diberikan supaya pengundi menunaikan tanggungjawab tanpa rasa gusar atau takut.
  • Pengundi digalakkan keluar mengundi lebih awal berikutan keadaan cuaca tidak menentu.
  • Kementerian menghormati keputusan Lembaga Pengampunan; isu tahanan rumah Najib akan dibawa ke mahkamah untuk tafsiran.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, laporan polis yang diterima setakat ini hanya melibatkan kes-kes biasa seperti kerosakan poster.

“Tetapi saya melihat keadaan ketika ini berada pada tahap yang sangat terkawal. Kita memberi jaminan kepada para pengundi di negeri Melaka bahawa baki tempoh kempen yang masih berlangsung dapat dilalui tanpa rasa gusar, bimbang atau takut terhadap sebarang ancaman keselamatan.

“Malah, kita berharap jaminan ini dapat mendorong lebih ramai pengundi keluar menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Libat Urus dan Dialog Bersama Nelayan di Tanjung Kling.

Datuk Seri Saifuddin turut menggalakkan pengundi keluar mengundi lebih awal pada hari pengundian, susulan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Mengulas mengenai isu tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau menegaskan bahawa kementeriannya menghormati keputusan Lembaga Pengampunan berhubung perkara itu.

Katanya, terdapat perbezaan tafsiran antara arahan tahanan rumah dengan istilah ‘discharge’ atau pelepasan yang digunakan dalam perintah mahkamah, justeru perkara itu perlu diputuskan oleh mahkamah.

Jelasnya, kekeliruan timbul berikutan penggunaan istilah berkenaan yang membawa maksud pelepasan, sedangkan tahanan rumah masih membolehkan Jabatan Penjara menjalankan pemantauan terhadap baki tempoh hukuman.atan Penjara untuk memantau baki hukuman.

“Seperti yang dijelaskan oleh Peguam Negara, perkara itu akan dibawa ke peringkat mahkamah. Sekiranya terdapat dua tafsiran berbeza, mahkamah merupakan platform terbaik untuk menentukannya.

“Justeru, Kementerian Dalam Negeri akan akur dan menghormati proses berkenaan. Namun, persoalannya adalah sama ada terdapat keperluan untuk memperjelas terlebih dahulu maksud dua tafsiran berbeza yang dibangkitkan itu,” katanya.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.