Penduduk Lubnan mula pulang ke kediaman masing-masing

Penduduk Lubnan pulang ke rumah masing-masing selepas pengumuman perjanjian damai AS-Iran/Foto REUTERS

SIDON, LUBNAN, 16 Jun – Penduduk Lubnan mula pulang ke kediaman masing-masing di selatan negara itu selepas pengumuman perjanjian damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tentera Lubnan menggesa berhati-hati berikutan risiko serangan Israel dan kewujudan bahan letupan yang belum meletup.
  • Tentera Israel tidak akan berundur dari kawasan dikuasai di Lubnan dan memberi amaran akan melakukan serangan balas jika berlaku serangan dari Iran.
  • AS mengumumkan perjanjian dengan Iran untuk menamatkan konflik serantau; Pakistan berkata ia merangkumi penghentian operasi ketenteraan termasuk Lubnan.

Kenderaan yang membawa keluarga dan barangan peribadi dilihat menyeberangi Jambatan Al-Qasimiya yang menghubungkan bandar Sidon dengan daerah Tyre.

Tentera Lubnan menggesa penduduk yang pulang supaya berhati-hati berikutan risiko serangan Israel dan kewujudan bahan letupan yang belum meletup.

Sementara itu, tentera Israel tidak akan berundur dari kawasan yang dikuasai di Lubnan dan memberi amaran akan melakukan serangan balas sekiranya terdapat serangan dari Iran.

Pada Ahad, Presiden AS Donald Trump mengumumkan Washington telah mencapai perjanjian dengan Tehran bagi menamatkan konflik serantau.

Manakala Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif berkata perjanjian itu merangkumi penamatan operasi ketenteraan di semua medan konflik termasuk Lubnan. – VIORY

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.