Piala Dunia 2026: Kawalan ketat di stadium menjelang aksi Iran-New Zealand

Bas membawa skuad Iran tiba di hotel dengan kawalan ketat polis di Los Angeles/Foto REUTERS

LOS ANGELES, 16 Jun – Sekitar Stadium SoFi di Los Angeles dikawal ketat menjelang perlawanan pertama Iran menentang New Zealand dalam saingan Piala Dunia pagi Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kawalan ketat dipertingkat selepas pengumuman perjanjian damai antara Iran dan Amerika Syarikat.
  • Iran memindahkan kem latihan dari Arizona ke Mexico selepas serangan bersama AS dan Israel pada akhir Februari.
  • Pasukan perlu berulang-alik dari kem Mexico ke Amerika Syarikat untuk setiap perlawanan peringkat kumpulan.
  • Presiden AS Donald Trump dan Perdana Menteri Pakistan umum perjanjian akan ditandatangani di Switzerland pada Jumaat.

Kawalan ketat itu lebih ketara selepas pengumuman perjanjian damai antara Iran dan Amerika Syarikat (AS).

Beberapa jalan berhampiran stadium ditutup manakala anggota polis menjalankan rondaan di kawasan berkenaan beberapa jam sebelum sepak mula.

Skuad Iran tiba di Los Angeles selepas penerbangan singkat dari Tijuana, Mexico, yang menjadi kem latihan pasukan itu sejak akhir bulan lalu.

Perlawanan Kumpulan G antara Iran dan New Zealand sering mendapat perhatian susulan konflik antara AS dan Iran selain pengumuman perjanjian damai yang dicapai kedua-dua negara.

Iran memindahkan kem latihan mereka dari sebuah kompleks sukan di Arizona ke Mexico pada penghujung bulan lalu selepas AS dan Israel melancarkan serangan bersama terhadap Iran pada akhir Februari.

Pasukan itu kini perlu berulang-alik dari Mexico ke AS bagi setiap perlawanan peringkat kumpulan.

Pada Ahad, Presiden AS Donald Trump dan Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif mengumumkan bahawa perjanjian bagi menamatkan konflik antara AS dan Iran akan ditandatangani secara rasmi di Switzerland pada Jumaat ini.  – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.