
GENEVA, 16 Jun – Switzerland bersedia menjadi tuan rumah kepada pertemuan bagi memeterai rundingan damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang dijangka berlangsung Jumaat ini.
- Presiden Guy Parmelin berkata menamatkan konflik dan membina keamanan berkekalan adalah kepentingan seluruh dunia.
- Pakistan, Qatar, Switzerland, AS dan Iran bersetuju proses rundingan diadakan di Geneva.
- Butiran, delegasi dan peringkat rundingan masih belum dimuktamadkan, keputusan dijangka dalam beberapa jam atau hari.
Presiden Switzerland, Guy Parmelin berkata usaha menamatkan konflik dan membina keamanan berkekalan adalah demi kepentingan seluruh dunia.
Beliau berkata semua pihak yang terlibat termasuk Pakistan, Qatar, Switzerland, AS dan Iran bersetuju supaya proses berkenaan diadakan di Geneva.
Bagaimanapun, Parmelin berkata butiran lanjut mengenai pertemuan itu masih belum dimuktamadkan.
“Kita perlu bersabar sedikit lagi mengenai perinciannya. Kami tahu ia akan berlangsung di Geneva kerana itulah kehendak semua pihak.
“Mengenai butiran lanjut, saya tidak dapat memberikan maklumat khusus buat masa ini kerana masih perlu ditentukan delegasi yang akan hadir dan pada peringkat mana rundingan akan dijalankan,” katanya.
Beliau berkata perkara berkenaan dijangka dimuktamadkan dalam tempoh beberapa jam atau hari akan datang. – AFP