Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil berikutan operasi BNM

Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 Mei- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lebihan mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan RM42.60 bilion konvensional dan RM29.11 bilion dalam dana Islam.
  • BNM akan menjalankan dua tender repo berbalik: RM1.5 bilion selama tujuh hari dan RM300 juta selama 32 hari.
  • Bank pusat turut menyediakan repo berbalik, perjanjian jual beli balik dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk beberapa tempoh.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM42.60 bilion dalam pasaran konvensional dan RM29.11 bilion dalam dana Islam.

BNM akan menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM1.5 bilion selama tujuh hari dan RM300 juta selama 32 hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM44.4 bilion dan RM29.1 bilion dalam tender semalaman Murabahah. -BERNAMA