
KUALA LUMPUR, 23 Sept – Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini, disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
- Mudah tunai dianggarkan RM35.96 bilion (konvensional) dan RM27.38 bilion (Islam) dalam sistem perbankan.
- BNM akan mengadakan tender repo berbalik konvensional RM5 bilion untuk tujuh hari dan RM1.5 bilion untuk 30 hari.
- BNM jalankan repo berbalik Islam RM500 juta bagi 30 dan 91 hari; sedia kemudahan repo, murabahah; tender semalaman RM42.5 bilion konvensional dan RM28.3 bilion murabahah.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan berjumlah RM35.96 bilion dalam pasaran konvensional dan RM27.38 bilion dalam pasaran wang Islam.
Hari ini, BNM akan menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM5 bilion untuk tujuh hari dan RM1.5 bilion bagi 30 hari.
Bank pusat itu juga akan menjalankan dua tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli semula) bernilai RM500 juta bagi 30 hari dan 91 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM42.5 bilion dan tender semalaman murabahah sebanyak RM28.3 bilion.- BERNAMA