
KUALA LUMPUR, 26 April -Penggunaan kecerdasan buatan (AI) penting dalam memperkukuh sektor kewangan digital, khususnya dalam aspek keselamatan, kecekapan dan keterangkuman.
- AI mempercepat proses membawa produk ke pasaran dan merealisasikan idea baharu dengan lebih pantas.
- Teknik AI membolehkan pembangunan demo dan penyelesaian dalam masa terhad secara lebih berkesan.
- FINHACK 2026 memberi tumpuan kepada cabaran fintech seperti penipuan, keselamatan dan keterangkuman kewangan.
- Keutamaan termasuk memulihkan kepercayaan, memperluas akses komuniti kurang mendapat perkhidmatan dan automasi bagi kecekapan operasi.
Ketua Pegawai Teknologi TNG Digital Sdn. Bhd., Leslie Lip berkata, penggunaan AI boleh mempercepatkan proses membawa produk ke pasaran serta membantu lebih banyak idea baharu direalisasikan dengan lebih cepat.
“Teknik yang digunakan dalam memanfaatkan AI untuk membangunkan demo dan penyelesaian dalam masa yang terhad ini amat memberangsangkan.
I”a menunjukkan bagaimana AI boleh digunakan untuk mempercepatkan keseluruhan kitaran hayat pembangunan perisian, sekali gus memendekkan tempoh siap sesuatu produk,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup TNG Digital FINHACK 2026, di sini.
Penganjuran TNG Digital FINHACK 2026 itu memberi tumpuan kepada penyelesaian cabaran utama dalam sektor fintech, termasuk isu penipuan, keselamatan dan keterangkuman kewangan.
Ia menghimpunkan lebih 300 peserta dari seluruh negara, bagi membangunkan penyelesaian melibatkan kecerdasan buatan, pembayaran digital dan akses kewangan.
Antara keutamaan utama yang dikenal pasti, ialah termasuk memulihkan kepercayaan terhadap kewangan digital, memperluas akses kepada komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan, serta meningkatkan kecekapan operasi melalui automasi.