
KUALA LUMPUR, 4 Oktober – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada seluruh kontinjen Malaysia atas kejayaan meraih sembilan pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun yang melabuhkan tirai hari ini.
- Hantaran Facebook memaklumkan kejayaan menyamai pencapaian terbaik kontinjen di Guangzhou 2010.
- Ucap terima kasih atas usaha atlet, dianggap kebanggaan rakyat Malaysia.
- Galakan untuk terus beraksi dengan keyakinan dan semangat juang tinggi.
- Pingat emas diperoleh melalui skuasy, karate, e-sukan, sepak takraw dan berbasikal trek.
Beliau menerusi hantaran Facebook memaklumkan, kejayaan itu sekali gus menyamai pencapaian terbaik kontinjen negara di Sukan Asia pada edisi Guangzhou 2010 di China.
“Terima kasih kerana telah memberikan yang terbaik dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Teruskan melangkah dengan keyakinan dan semangat juang tinggi.
“Semoga lebih banyak kejayaan menanti di pentas-pentas seterusnya,” menurut hantaran itu.
Kontinjen Malaysia melabuhkan tirai saingan di Sukan Asia ke-20 itu dengan kutipan sembilan pingat emas, tujuh perak dan 16 gangsa.
Pingat emas berkenaan diperoleh menerusi acara skuasy, karate, e-sukan, sepak takraw dan berbasikal trek.