
SEPANG, 4 Oktober – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyaksikan perlumbaan Formula Satu (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.
- Seri Paduka berkenan menyambut ketibaan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang hadir untuk menyaksikan perlumbaan.
- Ketibaan Sultan Ibrahim dan Sultan Hassanal Bolkiah disambut Putera Mahkota Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa.
- Hadir sama Putera Mahkota Brunei, beberapa Tunku Johor serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena kembalinya saingan F1 ke Malaysia.
Menurut kenyataan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut berkenan menyambut keberangkatan tiba Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang hadir bagi menyaksikan perlumbaan berkenaan.
Terdahulu, keberangkatan tiba Sultan Ibrahim dan Sultan Hassanal Bolkiah di Perdana Suite SIC disambut Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa.
Turut berangkat menyaksikan perlumbaan itu ialah Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Ibni Sultan Hassanal Bolkiah.
Berangkat sama, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir menyaksikan perlumbaan berkenaan.
Perlumbaan F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix Malaysia 2026 berlangsung di SIC dari 2 hingga 4 Oktober, sekali gus menyaksikan kembalinya saingan F1 ke Malaysia.