Sokongan terhadap AIM dipertingkat untuk bantu lebih ramai golongan memerlukan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program Kenduri Rakyat AIM di sini hari ini. / Foto BERNAMA

BATU PAHAT, 5 Julai – Sokongan kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) akan dipertingkat bagi memperluas bantuan kepada golongan memerlukan, khususnya masyarakat luar bandar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anwar berkata langkah memastikan tiada rakyat tercicir daripada bantuan agensi kerajaan.
  • AIM dianggap lebih mesra peminjam dengan kadar faedah lebih rendah berbanding institusi mikro lain.
  • Beliau menyebut Grameen Bank mengenakan faedah tinggi, manakala AIM menerima modal bantuan kerajaan.
  • Program Kenduri Rakyat AIM dihadiri Perdana Menteri serta Menteri Fahmi dan Menteri Besar Amirudin.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu dapat memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada bantuan disediakan pelbagai agensi kerajaan.

Beliau menyifatkan AIM mempunyai kelebihan berbanding institusi pembiayaan mikro lain di dunia dengan perbezaan utama terletak pada kadar faedah lebih rendah dan mesra peminjam.

“Grameen Bank ada baiknya, tetapi faedah yang dikenakan 12 peratus, 15 peratus dan ada yang lebih.

“Mereka tidak mendapat modal daripada kerajaan. Jadi, walaupun ada program seperti AIM, ia tidak sama kerana kadar faedahnya tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Kenduri Rakyat AIM di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.