PRN Johor : PM seru anak Johor pulang mengundi pada 11 Julai

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri Program Malam Anak Muda Kempas / Foto ihsan FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Johor supaya pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 11 Julai ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Berikan mandat kepada calon PH yang berintegriti, amanah dan komited berkhidmat untuk semua rakyat tanpa mengira kaum atau latar belakang.
  • Johor memerlukan barisan kepimpinan yang bukan sekadar berjanji tetapi berani bekerja, menyelesaikan masalah rakyat dan memacu kemajuan mampan.
  • PH meletakkan calon di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri untuk merebut mandat membawa perubahan.

Beliau berkata, mandat perlu diberikan kepada calon-calon PH yang berintegriti, amanah serta komited berkhidmat untuk seluruh rakyat tanpa mengira kaum atau latar belakang.

Menurut Datuk Seri Anwar, Johor memerlukan barisan kepimpinan yang bukan sekadar pandai menabur janji, sebaliknya berani bekerja, menyelesaikan masalah rakyat serta membawa negeri itu ke arah kemajuan yang lebih mampan.

“Saya menyeru seluruh rakyat Johor, termasuk anak-anak Johor yang berada di Singapura, Kuala Lumpur dan di mana jua, supaya pulang menunaikan tanggungjawab mengundi bagi PRN Johor pada 11 Julai ini.

“Berikan mandat kepada calon-calon HARAPAN yang berintegriti, amanah dan bekerja untuk semua rakyat tanpa mengira kaum atau latar belakang.

“Johor memerlukan barisan kepimpinan yang bukan sekadar pandai berjanji, tetapi berani bekerja, menyelesaikan masalah dan membawa negeri ini terus maju,” katanya menerusi hantaran di Facebook selepas menghadiri Program Malam Anak Muda Kempas, pada Sabtu.

Hari pengundian PRN Johor ditetapkan pada 11 Julai, manakala pengundian awal berlangsung pada 7 Julai.

PH meletakkan calon di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.