
PERMATANG PAUH, 5 Julai – Program Simfoni Dakwah Sebarkan Salam bakal diperluas ke seluruh negara secara berperingkat.
- Perancangan sedia dilaksana atas kejayaan program dan sambutan positif
- Kerjasama 14 agensi hal ehwal agama dan kerajaan negeri memudahkan pelaksanaan; pelan bergantung kepada kesesuaian jadual
- Konsep gabungan hiburan berunsur dakwah dan tausiah asatizah menyampaikan mesej Islam secara santai namun berkesan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan memberitahu, perancangan sedia dilaksana berdasarkan kejayaan luar biasa program yang mendapat sambutan positif.
“Kita melihat sambutan yang sangat menggalakkan dan kerjasama antara 14 agensi hal ehwal agama Islam dengan kerajaan negeri juga amat luar biasa, sekiranya mempunyai masa sesuai, kita boleh laksanakan di seluruh negara pada tahun ini
“Hasrat penganjur untuk membawa program ini ke semua negeri, bagaimanapun pelaksanaannya bergantung kepada kesesuaian jadual penganjuran dengan Kuala Lumpur bakal menjadi lokasi kemuncak jelajah,”katanya selepas merasmikan Program Simfoni Dakwah Sebarkan Salam yang berlangsung di Masjid Timah, di sini.
Beliau turut memaklumkan konsep program yang menggabungkan hiburan berunsur dakwah dengan pengisian tausiah oleh para asatizah diharap mampu menyampaikan mesej Islam secara santai namun berkesan.