Presiden Mesir, Myanmar dijangka lawat Malaysia minggu depan – Datuk Seri Fahmi

Foto RTM

PUTRAJAYA, 30 September – Beberapa pemimpin negara asing dijangka mengadakan lawatan ke Malaysia minggu depan, termasuk Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing dan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lawatan melibatkan lawatan rasmi, lawatan kerja dan lawatan negara.
  • Seorang pemimpin dijadual mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri.
  • Maklumat jadual ketibaan dan lawatan boleh dirujuk kepada Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Perdana Menteri atau Wisma Putra.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, lawatan itu melibatkan lawatan rasmi, kerja dan negara.

Beliau berkata, Aung Hlaing dijadual mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala El-Sisi dijangka tiba pada Jumaat depan selepas pembentangan Belanjawan 2027.

“Ada beberapa pimpinan dari negara asing yang akan membuat lawatan rasmi termasuk waktu ini yang dijadualkan untuk datang membuat lawatan rasmi sama ada lawatan kerja ataupun lawatan negara.

“Ia termasuk Presiden Myanmar untuk mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri. Presiden Mesir pula dijangka tiba pada Jumaat minggu hadapan selepas pembentangan Bajet,” katanya pada sidang media mingguan pasca mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Menurut Datuk Seri Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata, maklumat terperinci mengenai jadual ketibaan dan lawatan pemimpin terbabit boleh dirujuk kepada Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Perdana Menteri atau Wisma Putra

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.