Siasatan FELDA, FIC: SPRM sasar tangkapan berperingkat mulai minggu depan

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 2 Sept – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat beberapa tangkapan secara berperingkat mulai awal minggu depan berkaitan enam kertas siasatan baharu membabitkan FELDA dan FELDA Investment Corporation (FIC) berhubung dakwaan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah.

RINGKASAN BERITA AI
  • SPRM meneruskan siasatan kertas lama berkaitan hartanah Park City Grand Plaza.
  • Seramai 12 individu telah dipanggil untuk membantu siasatan; rakaman keterangan telah diambil.
  • Siasatan fokus pelaksanaan projek dan pelaburan FELDA serta FIC bagi tempoh 2010 hingga 2020.
  • Dakwaan termasuk pembelian aset melebihi nilai dan isu berkaitan Tataran Aras, Grand Borneo, Grand Plaza London, Felda Wellness, Felda House, KLVC.

Jelas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, pihaknya turut meneruskan siasatan terhadap satu kertas siasatan lama membabitkan hartanah Park City Grand Plaza.

“Selain daripada enam kertas siasatan baharu yang dibuka terdapat juga satu kertas siasatan lama yang masih lagi tertangguh, masih belum lagi ditutup yang juga akan diteliti dan dikaji sama oleh pihak kami. Setakat hari ini, seramai 12 individu telah dipanggil bagi membantu penyiasatan dan rakaman diambil,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM, di sini.

Tambahnya, siasatan membabitkan pelaksanaan projek dan pelaburan FELDA serta FIC bagi tempoh 2010 hingga 2020.

Ia merangkumi dakwaan pembelian aset pada harga melebihi nilai pembelian sebenar yang dipercayai menyebabkan kerugian kepada agensi berkenaan.

“Kertas siasatan berkenaan merangkumi isu pelaburan Syarikat Tataran Aras Sdn Bhd yang berpusat di Limbang Sarawak, pengambilalihan Grand Borneo Hotel Sdn Bhd di Sabah serta pembelian Grand Plaza Service Apartments di London,” ujar beliau lagi.

Beliau berkata siasatan turut difokuskan kepada penubuhan Felda Wellness Corporation Sdn Bhd, pengambilalihan Felda House dan Grand Felda House serta dugaan penyelewengan dalam pembangunan Projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.