Sambutan Pesta Kaamatan, Hari Gawai meriahkan KLIA

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 31 MeiSambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai diraikan dalam suasana meriah di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 hari ini sebagai usaha memperkenalkan keunikan budaya Sabah dan Sarawak kepada pelancong dalam dan luar negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program anjuran MOTAC bersama Tourism Malaysia dan Malaysia Airports menampilkan tarian tradisional serta muzik Borneo.
  • Sambutan diadakan selari dengan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 untuk memeriahkan dan mempromosi pelancongan.
  • Sabah dan Sarawak menawarkan produk pelancongan unik berpotensi menarik minat pelancong dalam dan luar negara.
  • TMM 2026 berjalan lancar dengan promosi dipergiat ke pasaran utama seperti Jepun, Korea, China, Australia, ASEAN.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata, program anjuran MOTAC dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Malaysia Airports itu menampilkan pelbagai persembahan kebudayaan termasuk tarian tradisional dan muzik Borneo bagi menyambut ketibaan pelancong.

“Sambutan kali ini diadakan sekali dengan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026). Itulah yang istimewanya kerana kami ingin memeriahkan lagi TMM 2026.

“Jadi, kita menyambut Hari Gawai dan Pesta Kaamatan bersama-sama dengan kempen TMM 2026,” katanya di sini.

Tambah beliau, Sabah dan Sarawak mempunyai pelbagai produk pelancongan unik yang berpotensi menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara.

Dalam pada itu, beliau berkata kempen TMM 2026 setakat ini berjalan lancar dengan usaha promosi terus dipergiat di pasaran utama seperti Jepun, Korea Selatan, China, Australia dan negara-negara ASEAN.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.