Agong terima menghadap, santap sarapan bersama PM

Facebook: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar 
KUALA LUMPUR, 31 Mei- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bersarapan bersama Perdana Menteri sempena cuti umum Hari Wesak di Banglo 289, Jalan Raja Chulan.
  • Mengadakan pertemuan tertutup empat mata di Istana Bukit Tunku yang berlangsung lebih sejam.
  • Bertukar pandangan mengenai pelbagai perkembangan semasa yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara.
  • Perdana Menteri berkongsi pertemuan di Facebook, suasana santai dan beramah mesra dengan pengunjung lain.

Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti umum Hari Wesak sebelum mengadakan pertemuan tertutup secara empat mata di Istana Bukit Tunku.

“Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara hari ini.

“Seri Paduka Baginda juga berkenan bersarapan bersama Perdana Menteri di Banglo 289, Jalan Raja Chulan,” menurut kenyataan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Pertemuan antara Datuk Seri Anwar dan Seri Paduka Baginda berlangsung lebih sejam.

“Selepas itu, Sultan Ibrahim mengadakan pertemuan tertutup secara empat mata bersama Datuk Seri Anwar di Istana Bukit Tunku yang berlangsung lebih sejam,” menurut kenyataan itu lagi.

Pertemuan tersebut turut dikongsi Perdana Menteri menerusi Facebook beliau.

“Dalam suasana santai, kami bertukar pandangan mengenai pelbagai perkembangan semasa yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara.

“Sempat juga beramah mesra dengan para pengunjung lain,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.