
KUALA LUMPUR, 14 Oktober – Insentif Rebat RAHMAH pandapro Penjawat Awam 2026 menawarkan diskaun 20 peratus bagi pelan langganan keahlian pandapro selama 12 bulan kepada penjawat awam yang boleh ditebus bermula hari ini.
- Inisiatif hasil kerjasama strategik Kementerian Komunikasi dengan foodpanda untuk menyokong pelaksanaan Dasar Hari Bekerja Hibrid.
- Matlamat memberi kemudahan dan meringankan beban kos sara hidup warga perkhidmatan awam.
- Tawaran khas dikhaskan untuk penjawat awam yang memiliki alamat e-mel rasmi kerajaan (@xxx.gov.my).
- Maklumat lanjut dan panduan penebusan disediakan dalam FAQ di portal rasmi serta saluran media sosial kementerian.
Kementerian Komunikasi menerusi kenyataan memaklumkan, inisiatif itu hasil kerjasama strategik antara kementerian dengan foodpanda bagi menyokong pelaksanaan Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) untuk seluruh warga perkhidmatan awam.
“Penawaran khas itu bertujuan memberikan kemudahan serta membantu meringankan beban kos sara hidup warga perkhimatan awam dalam menjalani rutin kerja harian.
“Menerusi inisiatif bawah perkhidmatan Payung RAHMAH ini, foodpanda menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus bagi pelan langganan keahlian pandapro selama 12 bulan, khusus untuk penjawat awam yang memiliki alamat e-mel rasmi kerajaan (@xxx.gov.my).
“Tempoh penebusan insentif ini dibuka menerusi aplikasi foodpanda mulai 14 Oktober hingga 31 Disember 2026,” menurut kenyataan itu.
Pelaksanaan inisiatif itu juga mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI bersama-sama rakan strategik sektor swasta dalam menjaga kebajikan serta menghargai sumbangan warga perkhidmatan awam yang menjadi tulang belakang pentadbiran negara.
Maklumat lanjut dan panduan lengkap penebusan boleh dirujuk menerusi dokumen Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal rasmi dan saluran media sosial
Kementerian Komunikasi.