PRN Melaka: PH dijangka umum calon lebih awal

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin

KUALA LINGGI, 23 September -Pakatan Harapan (PH) dijangka mengumumkan calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, selewat-lewatnya seminggu sebelum hari penamaan calon.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemilihan calon melalui proses saringan peringkat parti dan dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan.
  • PH membuat persiapan lebih awal dan tidak menunggu saat akhir untuk memuktamadkan calon.
  • Parti dijangka meletakkan calon di hampir semua kawasan DUN, namun pembahagian kerusi bersama gabungan belum dimuktamadkan.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin berkata, pemilihan calon perlu melalui proses saringan di peringkat parti sebelum dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan.

Katanya, langkah itu membolehkan PH membuat persiapan lebih awal dan tidak menunggu sehingga saat akhir untuk memuktamadkan calon yang bakal bertanding.

“Saya rasa kali ini mungkin lebih awal daripada selalunya. Saya jangkakan kita dapat (umum calon) lebih awal, mungkin dua minggu atau seminggu sebelum hari penamaan calon.

“Penamaan calon saya jangkakan lagi dalam tiga atau empat minggu. Jadi, saya rasa dalam masa seminggu atau dua minggu sebelum penamaan calon, kita sudah boleh menamakan calon-calon dan bukan lagi pada saat akhir.

“Itu yang saya rasa, kali ini kita lebih bersedia untuk menamakan calon-calon,” katanya sambil menambah parti itu dijangka meletakkan calon di hampir semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Namun, pembahagian kerusi bersama gabungan masih belum dimuktamadkan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.