13 kawasan Sarawak catat IPU tidak sihat

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 23 September – Sebanyak 13 kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 5 petang ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bacaan IPU tertinggi dicatatkan di Serian (197), Kuching (184) dan Samarahan (181).
  • Kawasan lain termasuk Sri Aman, Bintulu, Sibu dan Sarikei dengan bacaan antara 165 hingga 176.
  • Secara keseluruhan 45 kawasan kategori sederhana manakala sembilan kawasan merekodkan bacaan baik.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), IPD Serian merekodkan bacaan tertinggi iaitu 197, diikuti Kuching (184), Samarahan (181), Sri Aman (176), Bintulu (174), Sibu (167) dan Sarikei (165).

Kawasan lain yang turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Samalaju (164), Miri (161), Mukah (160), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (155), Limbang (153) dan Kapit (120).

Sementara itu, 45 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala sembilan kawasan merekodkan bacaan baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.