Polis sahkan kematian pelajar UPM ketika latihan industri akibat mati lemas

Foto Hiasan/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Kematian pelajar latihan industri dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di Kolam Menara Saujana Perdana di Bandar Saujana Perdana, Sungai Buloh, 16 Jun lalu disahkan akibat mati lemas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bedah siasat Unit Forensik HASA mengesahkan punca kematian adalah lemas.
  • Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) oleh pihak polis.
  • Siasatan lanjut masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan.
  • Saksi atau maklumat diminta hubungi Sarjan Mejar Fuzi Kamazan di 012-3818167; polis nasihatkan elak spekulasi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor memaklumkan, keputusan itu berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan Unit Forensik Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), Puncak Alam.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah lemas dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Siasatan lanjut masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya menerusi kenyataan.

Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Mejar Fuzi Kamazan di talian 012-3818167.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.