MySel permudah urusan dokumentasi rakyat Selangor

Foto Media Selangor

SHAH ALAM, 20 Jun – Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri (MySel) terus membantu rakyat Selangor yang berdepan pelbagai masalah dokumentasi diri termasuk sijil kelahiran, kad pengenalan, kewarganegaraan, dokumen anak angkat dan urusan imigresen.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sejak 2018 hingga Dis 2025: 5,852 permohonan diterima, 2,342 kes diselesaikan.
  • Perincian: 774 kes kewarganegaraan, 711 dokumen anak angkat, 398 sijil kelahiran, 296 kad pengenalan merah, 163 urusan imigresen diluluskan.
  • Kerajaan negeri komited memperkasakan MySel bersama JPN, Imigresen dan agensi berkaitan untuk memastikan identiti sah dan tidak tercicir.

Menurut Exco Sumber Manusia, Pembasmian Kemiskinan Selangor, V. Papparaidu, sejak tahun 2018 hingga Disember 2025, program itu menerima sebanyak 5,852 permohonan dan berjaya menyelesaikan 2,342 kes.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 774 kes kewarganegaraan, 711 kes dokumen anak angkat, 398 kes sijil kelahiran, 296 kes kad pengenalan merah dan 163 urusan imigresen berjaya diluluskan.

“Pencapaian itu membuktikan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen Malaysia dan agensi berkaitan dalam membantu rakyat mendapatkan identiti yang sah,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah beliau, sebanyak 1,130 kes berjaya diselesaikan pada tahun 2025 berbanding hanya 389 kes pada tahun 2024; menunjukkan peningkatan ketara dalam usaha menyelesaikan isu dokumentasi rakyat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.