FURY Championship Vol. II kembali gegar Karisma Arena

foto RTM

PUTRAJAYA, 25 Jun – Arena sukan tempur negara bakal kembali meriah dengan penganjuran FURY Championship Vol. II yang dijadual berlangsung pada 25 Julai di Karisma Arena, Seremban menampilkan pertarungan menarik melibatkan tempatan dan antarabangsa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertarungan utama bagi merebut "Fury Muay Thai Lightweight Championship" antara Izat Zaki dan Brian Lawitan, dinantikan ramai peminat.
  • Penganjur menjalankan aktiviti rasmi seperti ceremonial weigh in dan face off, menjanjikan aksi kompetitif berintensiti tinggi serta hiburan.
  • Tiket rasmi boleh didapati menerusi Wowtix; siaran Pay-Per-View turut tersedia melalui platform Tonton.

Acara yang dijangka menghimpunkan peminat sukan tempur dari seluruh negara itu bakal menyaksikan kemuncak pertarungan utama bagi merebut “Fury Muay Thai Lightweight Championship” buat julung kalinya.

Pertarungan itu membabitkan Izat Zaki yang akan menentang Brian Lawitan dari Indonesia dalam satu perlawanan yang dinantikan ramai peminat.

Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Fury Championship (FURY Muay Thai), Mohd. Wafiy Ilhan Johan berkata, sebagai persediaan menuju malam kemuncak, pihak penganjur telah merancang beberapa aktiviti rasmi Karisma Arena antaranya Ceremonial Weigh in & face off dan Fury Championshipd Vol 11.

“Kejohanan kali ini akan menampilkan aksi kompetitif berintensiti tinggi serta pengalaman hiburan yang lebih menarik kepada para penyokong sukan tempur di Malaysia.

“Orang ramai yang ingin menyaksikan kejohanan secara langsung boleh mendapatkan tiket rasmi menerusi platform Wowtix, manakala siaran Pay-Per-View (PPV) boleh ditonton melalui platform Tonton,” katanya.

Mohd Wafiy berkata demikian dalam sidang media mempekernalkan perserta yang akan berkasi dalam acara ini di Putrajaya.

Beliau juga turut mengalu-alukan penglibatan pihak media, penaja dan peminat sukan tempur bagi bersama-sama memeriahkan penganjuran FURY Championship Vol. II, yang dijangka menjadi antara acara sukar tempur terbesar di Malaysia tahun ini.

Antara nama lain yang beraksi dalam Fury Championships Vol 2 ialah Faris HFL dan Syafiq dari Malaysia, Abilio Ribin Said (Indonesia) Abozak Rasoli (Afghanistan) dan Wasu Kib Boxing (Thailand).

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.