Pelantikan Nallini beri imej, keyakinan kepada Majlis Media Malaysia – PM

Foto BERNAMA

BUTTERWORTH, 20 Jun – Pelantikan Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nallini Pathmanathan sebagai Pengerusi Majlis Media Malaysia (MMM) diharap akan memberi imej dan keyakinan baharu kepada majlis berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri: pelantikan dibuat secara serius, melibatkan individu berkelayakan dan berintegriti.
  • Anwar mengucapkan tahniah dan mendoakan kejayaan Nallini sebagai Pengerusi MMM.
  • Pelantikan dipersetujui sebulat suara oleh Ahli Lembaga MMM pada 26 Mei.
  • MMM ditubuhkan di bawah Akta MMM 2025 untuk memperkukuh standard kewartawanan, kendalikan aduan, promosi etika serta pertahankan kebebasan media.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelantikan itu dilakukan secara serius, melibatkan individu yang mempunyai latar belakang dan rekod badan kehakiman serta berintegriti.

“Yang utama kalau itu (Tan Sri Nallini) memiliki kelayakan yang tidak boleh dipertikaikan dan beliau akan membantu memberikan satu imej dan keyakinan baru kepada majlis ini. Kita bersama dan rakan-rakan mendoakan (kejayaan beliau),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Perdana Menteri pada masa sama mengucapkan tahniah kepada Nallini atas pelantikannya sebagai Pengerusi MMM.

Pelantikan Nallini dipersetujui sebulat suara oleh Ahli-Ahli Lembaga MMM dalam mesyuarat yang diadakan pada 26 Mei lepas.

Ditubuhkan di bawah Akta MMM 2025, MMM ialah badan kawal selia kendiri industri media yang berperanan memperkukuh standard kewartawanan, mengendalikan mekanisme aduan awam berkaitan media, mempromosikan amalan beretika serta mempertahankan kebebasan media sebagai asas penting kepada demokrasi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.