PM pulang ke ibu negara selepas lawatan rasmi ke Sabah

Foto BERNAMA

KOTA KINABALU, 30 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas pulang ke ibu negara selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke Sabah hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pesawat khas Perdana Menteri berlepas dari Terminal 2 kira-kira pukul 6.08 petang.
  • Keberangkatan beliau diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri serta Persekutuan.
  • Pada sebelah pagi beliau merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 di Hongkod Koisaan KDCA.

Pesawat khas Perdana Menteri berlepas dari Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira pukul 6.08 minit petang tadi.

Keberangkatan pulang beliau, diiringi Ketua Menteri Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Pada sebelah pagi, Datuk Seri Anwar hadir merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.