Penempatan ke negara ketiga terlalu rendah, antara punca ‘lambakan’ pelarian

Kerajaan sedang mengumpul data sendiri mengenai kumpulan pelarian dengan tidak lagi bergantung kepada data UNHCR

JOHOR BAHRU, 13 Jun – Penempatan ke negara ketiga yang terlalu rendah oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), antara punca ‘lambakan’ pelarian termasuk Rohingya berada di tengah-tengah masyarakat dalam tempoh lama.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penempatan ke negara ketiga oleh UNHCR terlalu rendah, punca pelarian tinggal lama dalam masyarakat.
  • Pendaftaran dan penempatan semula adalah tanggungjawab UNHCR, namun kad pelarian dikeluarkan jauh lebih banyak daripada yang dihantar keluar.
  • Ketidakseimbangan itu menyebabkan Malaysia berdepan isu pelarian dan memerlukan tindakan untuk menegakkan undang-undang.
  • Isu lambakan pelarian bukan perkara baru; bantuan diberi atas dasar kemanusiaan, bukan fenomena tiga tahun kebelakangan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, urusan pendaftaran serta penempatan semula pelarian merupakan tanggungjawab UNHCR, namun statistik menunjukkan jumlah pengeluaran kad pelarian oleh badan itu, jauh lebih besar berbanding angka individu yang dihantar keluar.

“Susulan ketidakseimbangan berkenaan, Malaysia terpaksa berdepan dengan isu terbabit. Justeru, kerajaan ketika ini sedang mengumpul data sendiri mengenai kumpulan pelarian dengan tidak lagi bergantung kepada data UNHCR, bertujuan memudahkan tindakan diambil jika berlaku pelanggaran undang-undang negara oleh golongan terbabit.

“Mereka tetap tertakluk kepada undang-undang dan tindakan tegas bakal diambil jika melanggar peraturan negara,”katanya selepas menghadiri program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah, di sini.

Beliau dalam masa sama, meminta orang ramai menghentikan dakwaan yang mengaitkan isu lambakan pelarian berlaku dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini.

“Isu berkenaan telah lama berlaku dan bantuan yang diberi adalah atas dasar kemanusiaan,”katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.