
SUNGAI PETANI, 16 April– Pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi penjawat awam Persekutuan yang berkuat kuasa semalam, berjalan lancar dan tidak menjejaskan perkhidmatan yang diberikan.
- Pelaksanaan BDR memerlukan masa untuk menilai impak sebelum keputusan muktamad dibuat.
- Data keberkesanan dijangka dikumpul selepas kira-kira seminggu untuk analisis lanjut.
- Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengesahkan penilaian lanjut dan pemantauan diperlukan.
- Dasar BDR ialah langkah strategik kerajaan menghadapi krisis tenaga global susulan konflik Asia Barat.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata tempoh pelaksanaan BDR belum ditentukan dan memerlukan masa untuk menilai impak pelaksanaannya.
“Sebagaimana kita sedia maklum yang bermula semalam telah berjalan lancar dan telah ada laporan-laporan dalam akhbar yang diberikan.
“Tetapi sebenarnya untuk kita lebih jelas tentang impak kepada pelaksanaan BDR, kita perlu ambil masa sedikit. Mungkin selepas seminggu dan kita akan ada data-data yang boleh menjelaskankan lagi keberkesanan perkara tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Seminar Sejenak Bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul di sini, hari ini.
Pelaksanaan dasar BDR merupakan sebahagian langkah strategik kerajaan bagi memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat