fb fb fb fb fb

Pacu agenda negara, Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital akan kerjasama erat - Gobind

Gobind Singh Deo

KUALA LUMPUR, 12 Disember- Kerjasama erat akan dilakukan di antara Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital dalam usaha untuk melancarkan agenda pembangunan negara berikutan pemisahan portfolio Kementerian Komunikasi dan Digital oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Menteri Digital, Gobind Singh Deo keputusan itu tepat dan akan mampu memberi nilai tambah kepada Kerajaan Perpaduan dalam memastikan kedua-dua bidang itu mencapai visi dan misi ditetapkan khusus untuk kesejahteraan rakyat.

"Kalau kita lihat daripada sudut cabaran yang kita hadapi dalam era digital itu satu bahagian yang cukup luas yang memerlukan kementerian tersendiri supaya kita dapat lihat untuk menyediakan negara untuk cabaran masa depan, semua boleh rasa peranan internet dan sebagainya dalam semua bidang sekarang," kata Gobind selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri Persekutuan di Istana Negara petang tadi.

Tambahnya, untuk maju, negara perlu mengaplikasikan teknologi digital secara menyeluruh dalam kehidupan seharian dan ia perlu dititikberatkan Kerajaan Perpaduan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM