
KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil menyeru seluruh rakyat Malaysia mendengar dan menghayati lagu tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 yang bertajuk “Aku Berjanji”.
- Lagu ciptaan dan dendangan Faizal Tahir mampu menyemarakkan semangat cinta negara.
- Beliau menerima kunjungan Faizal Tahir dan figura kemanusiaan antarabangsa Dato' Dr Sani Araby.
- Faizal memaklumkan tentang konsert 3 Oktober 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil; Fahmi mendoakan ia berjalan lancar.
Beliau berkata lagu ciptaan dan dendangan penyanyi tersohor Faizal Tahir itu berupaya menyemarakkan semangat cinta akan negara.
“Hari ini saya menerima kunjungan penyanyi dan komposer terkenal tanah air, Faizal Tahir, bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM dan figura kemanusiaan antarabangsa Dato’ Dr Sani Araby.
“Saudara Faizal memaklumkan tentang konsert 3 Oktober 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil. Saya doakan ia berjalan seperti direncanakan, insya-Allah”, katanya menerusi hantaran di Facebook.